Insya-Allah, Kelab Kelas Tahfiz akan membuat aktiviti yang pertama bagi tahun ini iaitu Program Apresiasi dan Motivasi Satu (PAMi) pada 1 Mei 2008.
PAMi akan diadakan di Lecture Theatre 3 (LT3) di Masjid IIUM. Ia akan bermula pada pukul 8:30 pagi hingga pukul 12:30 tengahari.
PAMi ialah bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru kita yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun 2007. PAMi juga akan menampilkan dua orang penceramah jemputan untuk memberikan sedikit pengisian untuk menjadi bekal kepada bakal-bakal hafiz kita. Ibubapa juga perlu mengambil peluang ini untuk memahami apakah peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pendorong dan penyokong kuat kepada anak-anak mereka dalam jihad mereka menjadi hafiz dan hafizah.